Sunday, 28 July 2013

Psikologi Huruf. Dibaca atau tidak dibaca.

Ramai kenalan yang saya kenal menjadikan perniagaan sebagai punca rezeki utama. Alhamdulillah, setelah sekian lama saya faham akhirnya kenapa. Ia bukanlah sebab duit, tetapi kerana perniagaan adalah platform yang baik untuk mengajar diri sendiri erti syukur, erti tawakkal, erti rezeki, erti kesabaran, dan yang paling penting erti kenali diri dan Allah.

Perkongsian kali ini bukanlah untuk bercerita tentang itu, tetapi sedikit tentang ilmu asas dalam designing yang baik. Jangan ingat designer sahaja perlu tahu tentang design. Kita sebagai business owner atau marketer yang baik perlu tahu makna setiap perincian iklan yang dipaparkan atau imej yang dikongsikan.

Kali ini, dalam bentuk tulisan:
Tau tak apa itu serif? serif adalah kumpulan tulisan yang mempunyai garisan kecil di hujung setiap huruf. 
Contohnya "A" menggunakan font Times New Roman (contoh tulisan kumpulan Serif). Di tapak huruf "A" ada garis melintang kecil bukan? Itulah Serif.

Sans Serif pula adalah kumpulan tulisan yang tidak mempunyai garisan kecil itu. 
"sans" dalam bahasa Perancis bermakna "tanpa" atau "tiada". 

Percaya atau tidak setiap jenis tulisan ada emosinya tersendiri. Saya share gambar dibawah (bukan hasil saya) agar bermanfaat kepada semua.


Be engraved in others' memories.
Najmi

Saturday, 27 July 2013

Yet another new beginning

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Aku dah hidup lebih 25 tahun. Macam-macam dah berlaku.
Dulu aku sangat suka life aku, tp kurang bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan:

  • Kebahagiaan keluarga
  • Ibu bapa yang sporting dan supportive
  • Kemudahan tempat tinggal
  • Kawan-kawan yang supportive dan baik
  • Pasangan yang penyayang
  • Peluang pelajaran yang sangat baik
  • Makanan dan minuman yang tak pernah tak cukup
  • Kenderaan yang baik
  • Masa yang lapang
  • badan yang sihat
  • Peluang yang banyak
  • Macam-macam lagi.
Tapi dulu aku masih mencari siapa sebenarnya aku. Kenapa aku buat apa yang aku buat.
Dulu life sentiasa ikut flow. Mcm hidup dah diaturkan oleh satu ideologi yang tak perlu dipertikaikan lagi.
Dulu pada aku hidup yang baik adalah ikut flow ni: Belajar rajin-rajin >> Score CGPA tinggi >> Kerja bagus2 >> Gaji Banyak2 >> Kaya dan Berjaya!

Heheh. Woww. Betapa salahnya rupanya pegangan tu. Byk lagi faktor yang menentukan kejayaan.
Alhamdulillah, sebaik saja lepas kahwin, mmg betul rezeki dtg melimpah ruah. Tp untuk kes aku, rezeki tak dtg dlm bentuk duit yang banyak, tapi ilmu yang bermanfaat. Pada aku, ilmu yang tak ternilai hitungannya.
Pernah tak dengar: "It's better to teach a poor man to fish than to give him the fishes"? Sebab dengan ilmu yang betullah kita boleh strive for a better future.

Dulu aku seorang Pegawai Penyelidik di salah sebuah institut penyelidikan di Malaysia. Seorang penjawat awam yang telah disahkan jawatan. 

Kini aku seorang Pemilik Bisnes, seorang photographer, dan seorang hamba yang lebih mengenal diri dan Allah Maha Pencipta. 

Semua perubahan yang sangat baik ini ada titik tolaknya.
Akanku tulis dalam coretan berikutnya. Nak gi tgk movie kat laptop bersama wife tersayang! Heheh

Cheers!

Tuesday, 20 December 2011

Mate

Gile lame x update blog. Hohoho







Eyes do give me perspective and memories

Thursday, 10 November 2011

Shayt

When life give you poopies, make fertilizer and grow flowers.

Sesungguhnye lab GE byk mengajar aku erti kesabaran.

Sekian.

Tuesday, 1 November 2011

Sape kate keje government nyembang je keje

Demitlah. Ape salah aku sampai kene stay kat opis sampai kol 10? Sape kate keje gomen lepak lagi senang? Ce terai tgk..

Buat rakan2 taulan yg bakal memasuki gomen yg mempunyai cita2 yang besar seperti menjadi jutawan satu hari nanti, sadarlah kalian bahawe senye, keje gomen tidak mudah!
Gue terdipertipukan!

 

 

Sunday, 30 October 2011

Promises

I've always love Incubus songs since they have a very thoughtful lyrics tangible to our youth.
And this one is another awesome song!





Sunday, 7 August 2011

Ah ah Ahmad~

Haha aku mmg xleh dnga lagu ni.

Snanye post kali ini adelah bagi membincangkan secara sirius tentang sebuat entiti yg berwarna pewter yang kononnya berasal dari tanah parsi. Ye, mmg benar, Momo! Hohoho. Sbnanye nama penuh kucim ini adelah Ahmad Al-Momo Cumi wal-tak igt dah. Oleh yg demikianlah beliau digelar Momo atas adaptasi bahasa Jepang bermaksod buah peach. Haaa jambu x jambu nama beliau?

Tatkala dalam surat beranak beliau tercatit M.O.M.O, namun banyaklah anasir2 yg menggelarkan peach ini dgn samaran yg dengan niat menganjakkan tahap kecomelan beliau ke peringkat seterusnya.

Berikut adelah samaran momo yg beliau takkan bergerak walau sehelai bulu mata pon jika dipanggil: (ceh mcm la panggil momo die pandang, sigh~)

  1. Ayom

  2. Moyom

  3. Ayomom

  4. Ciyomm

  5. Ciyoyoyomm

  6. Alciyom

  7. Pokoyom

  8. Alpokoyyom

  9. Apkoyom

  10. Pokommo

  11. Alpokomo

  12. Alcipokoyyom

  13. Pekorreow

  14. Aciperreow


Ade lg x yg aku lupe ek?