Sunday, 28 July 2013

Psikologi Huruf. Dibaca atau tidak dibaca.

Ramai kenalan yang saya kenal menjadikan perniagaan sebagai punca rezeki utama. Alhamdulillah, setelah sekian lama saya faham akhirnya kenapa. Ia bukanlah sebab duit, tetapi kerana perniagaan adalah platform yang baik untuk mengajar diri sendiri erti syukur, erti tawakkal, erti rezeki, erti kesabaran, dan yang paling penting erti kenali diri dan Allah.

Perkongsian kali ini bukanlah untuk bercerita tentang itu, tetapi sedikit tentang ilmu asas dalam designing yang baik. Jangan ingat designer sahaja perlu tahu tentang design. Kita sebagai business owner atau marketer yang baik perlu tahu makna setiap perincian iklan yang dipaparkan atau imej yang dikongsikan.

Kali ini, dalam bentuk tulisan:
Tau tak apa itu serif? serif adalah kumpulan tulisan yang mempunyai garisan kecil di hujung setiap huruf. 
Contohnya "A" menggunakan font Times New Roman (contoh tulisan kumpulan Serif). Di tapak huruf "A" ada garis melintang kecil bukan? Itulah Serif.

Sans Serif pula adalah kumpulan tulisan yang tidak mempunyai garisan kecil itu. 
"sans" dalam bahasa Perancis bermakna "tanpa" atau "tiada". 

Percaya atau tidak setiap jenis tulisan ada emosinya tersendiri. Saya share gambar dibawah (bukan hasil saya) agar bermanfaat kepada semua.


Be engraved in others' memories.
Najmi

No comments:

Post a Comment