Ye benar. Kejadian ini sudah 2 kali berlaki dalam 2 malam berturutan.
Sedang aku enak bermain2 dengan momoku yang gebu lagi oh-so-the-fluffeh, makhluk itu muncul.
Satu demi satu. Berkerumun di atas karpet biruputih keombakanku seperti lalat2 menghurung lauk tinggalan hari2 terdahulu.
Aku gementar. Lama kelamaan semakin banyak berkumandang. Aku yang sedang asyik tadi, menoleh ke arahnya dengan perlahan.
Memang lalat rupanya. Tidak salahlah analogiku sebentar tadi.
Maka malam tadi dan malam ini aku menghabiskan masa memburu lalat2 berkenaan. Puasku mencuba pelbagai teknik dan skill utk membunuh mereka. Menampar pipi mereka, membocorkan sayap, mengepit menggunakan chopstik, mengkarate, membaling momo, menyiku, menyanyi, meludah mata, sehinggalah menendang cr***h. Namun tanpa disangka, satu pon tidak berjaya. Lalu aku mengambil gelang getah didapur lalu menjentik getah itu ke atas mereka. Suksess! Satu demi satu lalat aku bunuh. Memang tiada belas kasihan. Sejak dari kecil sebenarnya aku telah digelar si bengis kerana ketiadaan jiwa kasih dan belas kasihan terhadap mereka. Lebih 10 ekor aku tumpaskan semalam. Puas! Aku dapati masih ada segelintir dari mereka yang patah semangat dan kurang bermotivasi lalu berundur diri dari kamar peraduanku. Dalam ketakutan itu, masih sempat mereka membuat isyarat tangan kepadaku "I'm watching you". Heh, aku endahkan.
Malam ini, dengan tidak semena2 lebih ramai dari mereka tiba. Gigih rupanya. Kini bukan sahaja menghurung karpet, tetapi mengganggugugat ketenteramanku dan momo yang sedang bersantai di atas katil. Mereka memijak2 mukaku, hidungku, cermin mataku. Pantang nenek moyang aku dipijak kepalaku. aku panas! aku sambungkan 2 gelang getah menjadi satu, "mungkin lebih hebat", kata benak hatiku. Ya, berfungsi, tapi tidak cukup untuk meratah mereka yang banyak itu hidup2. Retreat, aku menggonggong momo, makanannya dan airnya, menututup ekon, lalu berlalu keluar dari bilik. Pintu ku katup rapat. Selang 3 minit, lalat2 itu terkejut melihat aku masok membawa satu silinder besi berwarna biru. Mwahahaha! Aku merembeskan gas beracun kepada mereka di segenap sudut bilik itu sambil tersenyum. Ambil kamu!!!!! Die!!! Tiada mersi. Aku menang akhirnya.
Lewat tgh malam, sedangku asyik memikirkan kemenangan besarku, boss lalat itu muncul. Aku lastik, mati. Ok bye. penat siot tulis panjang2.
ni essay pasal lalat ke?????? termengah2 bace!
ReplyDelete