Pada suatu hari, Fatah (bkn nama sebenar) telah mengundang sang pengepit utk menjadi pengapit beliau di majlis perkahwinannye. Hal ini demikian adalah disebabkan spupu beliau yang tidak dpt menghadirkan diri di majlis gilang gemilang itu. Maka tanpa ragu2 si pengepit menerimalah pelawaan itu dgn penuh hormat dan gumbira. Walaupon hanyalah pengapit sambilan, ia tetap membuatkan sang pengepit terharu kerana ada jua terfikir sang fatah terhadap dirinya waima secubit, seciput, sedikit di belakang fikirannya.
Namun, tidaklah diketahuan oleh sang pengepit bagaimana wajarnya seorang pengapit itu. Arakian, rujuklah sang pengepiit kepada tuk gurunya, tun dato Google mahkota diraja. Adalah amat berpengetahuan tuk guru ini atas kerana usianya yang telah lanjut. Diajarkan bahawa seorang pengapit hendaklah menjaga si raja sehari, sang Fatah, bersungguh2 dalam segala segi termasuklah mengelap peluh, mengelap tangan, mengipas, menghidang dan yang penting, membayar tol.

Tatkala pengantin dipayungi payung emas dibawa sang pengepit tadi, terbunyilah tentang tol2 yang akan dikenakan. cuak jua adanya si pengepit itu. apabila bermulanya aktivitas tol tol berkenaan, dgn segala azamnya si pengepit menyerahkan sampul angpow kepada makcik2 yg memintanya. Terlintas jua "mate duitan pnye org johoq" ktorg org selangor dah pakai tac n go mahupon smat tag. haha.

Maka berkahwinlah putera Fatah dan puteri
WarnaWarni (jua bukan nama sebenar). Setelah beberapa ketika, akhirnya lahirlah cahaya mata amat comel rupanya yang diberi nama ______________ (sila isi ruangan kosong). Mereka hidup aman damai suka bahagia hingga ke anak cucu ke akhir hayat (Ameeeeeen)
S . E . L .A . M . A . T P . E . N . G . A . N . T . I . N B . A . R . U
F . A . T . A . H & W . A . N . I . E